Saturday, September 19, 2009

Ma'a salamah wa ilal liqa' Ya Ramadhan, Ahlan wa sahlan Ya Syawal.

AsSalaam wrh. wbt. kepada semua...

Saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MOHON MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua teman, rakan, sahabat, kenalan, saudara mara keseluruhannya. Doa' dan harapan saya ialah agar semua kesalahan serta kekurangan saya selama ini dapat dimaafkan agar kita boleh membuka lembaran baru. Dikesempatan ini juga, saya ingin memohon dengan rasa rendah diri dan tawadhu' agar rakan-rakan pembaca dapat bersedekah bacaan Surah Al-Fatihah untuk almarhumah ibu saya iaitu, Hajah Jandrah Bte. Haji Ajab. Tahun ini merupakan tahun kedua kami sekeluarga -Abah, Fahmi, Yayang dan Mamad- merayakan Aidilfitri tanpa ibu tercinta.

Sejujurnya saya merasakan Ramadhan kali ini berlalu terlalu pantas bagi saya, mungkin saya yang terlalu sibuk atau buat - buat sibuk. Kenyataannya, saya sedih apabila 29 Ramadhan menjadi tirai penutupan kepada bulan penuh mulia dan barakah ini. Semoga Allah s.w.t menerima dan memberkati segala ibadah dan amalan yang telah kita laksanakan sepanjang bulan mulia lagi barakah ini, insya-ALlah...

Wassalaam.