Sunday, July 31, 2011

Ramadhan Kareem

AsSalaamu'alaikum wrh. wbt. dan salam sejahtera buat semua pembaca,

Jom sama-sama kita rafa'kan segala pujian buat Allah s.w.t kerana sekali lagi diberi kesempatan dan peluang untuk sama-sama menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang penuh berkat... niat asal hati saya adalah untuk memberi sedikit 'suntikan' buat blog saya ini yang rasanya sudah hampir pasti mendapat jolokan b(logger) l(ambat) o(rganize) g(arapan) tidak lama lagi ;-)

Apa pun, 'suntikan' yang saya maksudkan tadi adalah dengan menampilkan beberapa gambar yang indah dan menarik tentang Ramadhan yang hendak saya petik daripada beberapa laman web. Seperti kebiasaannya, saya akan bermula dengan meminta bantuan Lebai Google melalui kitab 'Images'nya, ya betul carian dapat dihabiskan tidak sampai pun 5 saat tapi hasil yang keluar sepatutnya sudah saya jangka!

Hasil yang paling banyak dipamerkan adalah gambar-gambar gah iklan buffet Ramadhan di beberapa hotel terkemuka sekitar Lembah Kelang. Sedikit pengubahan terhadap susunan ayat di dalam kotak carian seterusnya membawa saya ke beberapa hasil carian yang lain. Saya cuba buat capaian di entri ini mana-mana yang sempat dan sekadar berkongsi, harapan saya kita sama-sama tingkatkan ibadah dan berusaha jadikan Ramadhan kali ini lebih baik daripada Ramadhan tahun lepas, insya-Allah...

Khartoum,Sudan

gambar daripada http://www.aliraqi.org/


gambar daripada http://www.zawaj.com

Pembaca boleh melawat http://aliraqi.org/ yang banyak menghimpunkan gambar-gambar dibawah opsyen forum bertajuk 'Ramadhan' yang dipetik daripada pelbagai agensi berita dan foto antarabangsa seperti Reuters, AFP, Getty Images dan sebagainya untuk tatapan.

Juga menarik, bagaimana laskar-laskar Perancis menyambut Ramadhan dan senarai periksa ringkas Ramadhan untuk kita agar ianya lebih berkualiti.

Sekian dulu para pembaca,selamat menjalani ibadah puasa, wassalam dan ciao !!!