Thursday, March 22, 2012

Keep Calm and Write Stuff

AsSalaam wrh. wbt. dan selamat malam pembaca budiman...

Entri saya kali ini akan cuba saya pautkan dengan entri saya sebelum ini, dari sudut kesinambungan dan keberhasilan.

Para pembaca yang (saya rasa) ada mengikuti perkembangan blog ini secara langsung ataupun tidak akan tahu bahawa antara perkara yang amat saya suka untuk lakukan ialah membeli buku (ataupun apa-apa bahan bercetak) yang dirasakan sesuai dan akan memberi keberhasilan kepada saya sebagai seorang individu (tidak semestinya buku-buku ilmiah semata).

Maka, beberapa bulan yang telah lepas ini saya cuba memperbanyakkan sesi membaca walaupun harus saya akui, saya melangkau dari satu buku ke satu buku yang lain, menurut kepada situasi dan 'mood' saya pada satu-satu masa. Saya cukup faham dengan apa yang Nick Hornby rasai ketika menitip usia mengenal dunia dalam pengalamannya sebagai penyokong tegar pasukan bola sepak Liga Perdana Inggeris, Arsenal FC. Adunan corak penulisannya yang mengolah laporan perlawanan di Highbury dan stadium tempat lawan beserta coretan santai tentang kehidupannya membesar di utara kota London cukup sebati. Saya berani jamin, mana-mana peminat bola sepak pun akan rasa seakan 'berdiskusi' dengan penulisan Nick. Buku Simon Kuper 'The Football Men' pula harus saja menjadi rujukan wajib sekiranya anda mahu membaca bagaimana indahnya bola sepak menyentuh kehidupan pelbagai watak merentas latar belakang ras, rupa, agama dan warna kulit di dalam dan luar sukan itu sendiri. Natijahnya, saya kembali sedar betapa rindunya saya terhadap bidang penulisan. 'Merindui' itu bab mudah, yang sukarnya ialah bab 'menulis' itu sendiri...jadi apa yang saya buat ?

Saya cabar diri sendiri untuk mencari ruang dan peluang yang boleh diterokai untuk tampilkan penulisan saya ke depan. Insya-Allah akan saya kongsikan dengan rakan-rakan pembaca kelak sekiranya penerokaan yang saya ikuti itu boleh menjadi keberhasilan yang saya inginkan.

Apapun, saya syorkan anda semua untuk terus menulis 'kesinambungannya'...



Terima kasih dan wassalaam...

Pasca Skrip :- Saya akui entri ini saya tulis kerana terkesan dengan entri terdahulu isteri saya di sayamahuitudanini.blogspot.com dan poster 'Keep Calm di atas boleh anda reka sendiri di laman web keepcalm-o-matic.co.uk