Thursday, January 29, 2009
sebute dua ghiya...
AsSalam...
Hari kelepasan am yang agak panjang menyebabkan saya tidak berkesempatan untuk menulis sebarang entri sepanjang 10 hari lepas walaupun banyak coretan dan nukilan yang kepingin saya kongsikan dengan saudara/saudari pembaca...
21 Januari lepas, saya pasti sebilangan besar peminat bola sepak tanah air, khususnya pasukan bola sepak kebangsaan tahu apa yang telah berlaku dan terkesan secara langsung dengan persembahan longlai dan tidak bermaya skuad Harimau menentang pak sheikh - pak sheikh dari negara Emiriah Arab Bersatu.
Perlu saya jelaskan di sini, peristiwa 'Lemas di Cheras' itu bukan satu kejadian terasing atau 'one off incident' apatah lagi dengan penafian dan tudingan jari jemari yang rancak selepas B. Sathianathan menzahirkan pernyataan hatinya bahawa "M-League is NOT football!".
Pada pemerhatian dan pendapat ikhlas saya, kekalahan di atas padang Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur itu hanyalah manifestasi kekalahan bola sepak Malaysia secara keseluruhannya.
Kenapa...? Berikut adalah jawapan saya :-
Kita kalah dari aspek pengurusan teknikal, saya tidak tahu mengapa FAM memilih Stadium KLFA sebagai gelanggang untuk perlawanan pembukaan kelayakan Piala AFC 2011, namun apa yang pasti ada stadium yang lebih sesuai dan mempunyai kemudahan yang lebih elok berbanding Stadium KLFA.
Kita kalah dari aspek pengurusan am, saya dan Fahmi - adik saya - tiba di stadium lebih kurang 5 minit selepas sepak mula kerana terperangkap di dalam kesesakan lalu lintas yang teruk di sepanjang Jalan Kuching menuju ke Jalan Loke Yew. Seraya dengan berpakaian formal ke pejabat dek tiada kesempatan untuk bertukar baju, kaunter jualan tiket pula mengalami kesesakan manusia yang memualkan. Fahmi terpaksa 'bertarung' dengan segerombolan yang lain itu untuk tiket, sampai di tingkap kaunter kami diminta untuk ke kaunter lain kerana kehabisan tiket. Insiden sebegini tidak sepatutnya berlaku sekiranya FAM betul - betul membuat persiapan yang mengikut standard piawaian asas pengurusan perlawanan.
Kita kalah dari aspek sikap dan mentaliti peminat, saya faham kalau kita sebagai peminat hendak menunjukkan rasa marah dan melepaskan geram terhadap persembahan buruk atau 'sayur' kata kawan saya Imran a.k.a Muten. Namun, dengan balingan objek - objek seperti botol air mineral, tin minuman malah yang baling botol susu anak pun ada! (marah sangat lah tu...) tidak akan menyelesaikan apa - apa dan tentu sekali tidak akan mengubah permainan Safee Sali terus menjadi seperti Fernando Torres atau Syamsuri akan terus menjadi sekebal Van Der Sar.. TIDAK. Cacian, hamun dan maki yang berselang seli gelak ketawa juga tidak akan merubah apa - apa, hatta, tajuk entri saya kali ni pun saya 'pinjam' dari sekumpulan warga sebuah negeri di pantai timur yang menrasakan harga tiket perlawanan tersebut berbaloi kerana dengan RM10 para peminat disajikan dengan 5 gol atau 5 'bute/butir' gol yang membolosi gawang Syamsuri dan Syed Adney.
Having said all that, ada beberapa perkara positif yang ingin juga saya kongsi dengan pembaca sekalian. Di dalam stadium, saya sengaja memilih duduk bersebelahan dengan geng - geng Aku Altra, yang saya rasakan cukup bertenaga dan jarang sekali duduk diam! Laungan semangat, nyanyian lagu - lagu patriotik dan tepukan - tepukan terancang yang mereka pamerkan cukup segar dan patut dicontohi di mata saya. Siap dengan 'flare stick' lagi!!!
As in the pictures, mereka ni memang berdiri sepanjang perlawanan berlangsung, mengangkat dan mengibarkan skarf - skarf Harimau Malaya dengan penuh rasa bangga. Pemain - pemain skuad kebangsaan pun manusia jua, saya tidak mencadangkan agar kita rai atau bersorak secara sinikal tetapi cukuplah dengan menghentikan cacian berbentuk peribadi dan di luar normal akal dan apa kata tepuk sikit setiap kali Safee, Nizarudin, ataupun Zaquan buat cubaan merbahaya ke gawang lawan. Bagi saya, apa pun yang diperkatakan tentang perihal di dalam dan di luar padang...pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bukanlah satu - satunya titik penentu yang akan mencorak jatuh bangun masa depan bola sepak negara tetapi satu langkah ke hadapan perlu kita ambil sekiranya kita mahu zaman kegemilangan bola sepak negara kembali mengungguli persada pentas dunia!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
yg kononnyer 'fanatik' tgk bola, yg nak menang sepanjang hayat sahaja..
ReplyDeletebila kalah...itulah...inilah...
MALAYSIA DI HATI!
bukan nak menang sepanjang hayat..sape yg suke team negara kalah??xde org pun suke..tapi biarla maju ke depan...kalau malaysia dulu bole kalahkan arsenal ngan england kenapa skarang ni ngan vietnam pon kantoi apahal??org marah sebab gaji diorang besar (lebih dari sesetengah org yg kerja professional),bejalan keluar negara ngabiskan boreh dah banyak kali, jersey jual agak mahal gile, rambut nak ala2 jinjang joe tegak2 cam gampang tapi bile main tahape2..org lain maju kedepan tapi bola kite makin kebawah..jgn la bile org kritik kite cakap org tu tak boleh terima kekalahan...boleh kalah tapi jangan la asik kalah je...
ReplyDeleteciken