Wednesday, March 18, 2009

Enjit, enjit semut... siapa sakit naik atas.

Utusan Malaysia : Ali dilarang bertanding
Berita Harian : Mohd Ali dilarang tanding
New Straits Times : Ali Rustam barred, Khairy warned
The Star : Ali's Out

Arakian, sudah bermula episod cantas - mencantas, siapa 'sokong' siapa, siapa ikut 'kem' mana, siapa 'orang kuat' siapa, yang paling menghairankan adalah nama - nama yang disabitkan kesalahan tidak pula dijatuhkan hukuman yang selayaknya!

Apakah ada 2 jenis perundangan yang diguna pakai oleh Lembaga Disiplin Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu itu ?
Baiklah, kita ambil pendapat yang mengatakan bahawa keputusan Lembaga Disiplin ini hanya melibatkan organisasi dalaman dan hanya berkuatkuasa ke atas ahli - ahli atau perwakilan yang telah dilaporkan oleh pihak tertentu, apa pula rasionalnya Tan Sri Isa Samad yang dipanggil untuk memberi keterangan di hadapan lembaga yang sama pada tahun 2004, meletakkan jawatannya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan ketika itu. Kes sama, keputusan yang sama tetapi hukumannya berlainan. Penghukuman juga berbeza - beza antara satu pesalah dengan pesalah yang lain, jika diteliti, satu pola yang cukup jelas timbul kerana individu - individu yang dirasakan mempunyai potensi untuk mencabar kedudukan peringkat yang lebih tinggi mendapat penghukuman yang lebih berat.

Inilah yang kita katakan 'rule of the jungle' ataupun 'hukum rimba', apa yang nyata keputusan Lembaga Disiplin Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu tersebut lebih banyak menimbulkan persoalan daripada jawapan. Apa bezanya 'politik wang' dengan 'rasuah', apakah hanya kerana 'politik wang' dilakukan oleh mereka yang berjawatan tinggi didalam parti dan kerajaan maka keputusan penghukumannya juga harus berbeza dengan mereka yang 'merasuah' di tepi - tepi lebuh raya dan jalan raya.

Penjatuhan hukuman oleh lembaga tersebut juga amat mencurigakan jika diambil kira siapa dan apa jawatan mereka yang dikatakan terlibat di dalam melakukan kesalahan 'politik wang'. Kalau sampai begini sekali, terma - terma yang selalu diutarakan oleh para 'bloggers' sememangnya mempunyai kebenaran dan makin terserlah dengan percaturan politik yang semakin hari makin menjijikkan! Ini adalah 'selective prosecution of the highest order', ini adalah 'political head hunting' yang teramat lapuk dan ini adalah amalan - amalan biasa yang berlaku didalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu.

1 comment:

  1. Calon Timb Pres Rasuah telah digugurkan pencalonan akibat terlibat dengan Pekembar!

    Pekembar=Rasuah!

    ReplyDelete