Genap sebulan dan 3 hari saya tidak mencatat sebarang entri ke dalam blog saya. Berlikut - likut catatan, coretan, buah fikiran dan nukilan ikhlas yang ingin saya kongsi dengan rakan - rakan. Seraya terkumpulnya idea - idea sepanjang tempoh kesenjangan yang tidak dizahirkan melalui tulisan di dalam blog ini, saya pohon izin dan kelonggaran ilmiah daripada teman - teman untuk saya menggunapakai penulisan dwi-bahasa yang saya pasti tampak bobrok dan lompang, dengan pelanggaran lunas - lunas tatabahasa yang saya harap tidak melelahkan pembaca.
Mungkin, ini akan menjadi entri terpanjang yang akan saya tulis tetapi tentunya itu bergantung di atas keizinan Allah s.w.t.
*********
Keterlibatan secara langsung di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009 yang bertempat di Pusat Dagangan Dunia Putra (PDDP) membataskan ruang - ruang waktu yang sememangnya terbatas untuk saya duduk menulis entri, apatah lagi saya bergantung harap sepenuhnya kepada capaian internet jalur lebar dan kemudahan komputer peribadi yang siaga tersedia di pejabat. Walaupun ini sudah menjangkau tahun ke - 3 saya ditugaskan untuk menjayakan aspirasi, objektif, misi serta visi syarikat, saya akui masih 'naif' dan kadang kala 'cuak' dengan tanggungjawab yang diperturunkan.
Tarikh 17 hingga 26 April tahun ini menyaksikan saya sekali lagi menjadikan PDDP sebagai apa yang selayaknya PDDP itu, pusat untuk saya berdagang dengan dunia buku dan penerbitan.
Secara ringkasnya, saya menjadi pemudah cara dan pengelola kontrak pembekalan buku kepada pensyarah, pustakawan, pegawai perolehan, dekan dan individu - individu yang dipertanggungjawabkan untuk pembelian bahan - bahan ilmiah di perpustakaan pusat pengajian tinggi awam mahupun swasta, pun begitu tugasan saya meliputi bidang yang lebih daripada itu.
Pengetahuan asas tentang sesebuah syarikat penerbit - dalam dan luar negara - serta bahan - bahan terbitannya perlu ada, jika sarat dengan informasi dan bait - bait 'know-how' adalah merupakan 'nilai tambah' yang boleh digunakan untuk kelebihan dan kemudahan klien - klien saya. Saya rasa agak beruntung berbanding rakan - rakan setugas lain kerana tahun ini klien - klien yang saya kelolakan tampak senang dibawa berbincang dan mudah berkompromi. Mungkin rezeki, mungkin juga hasil pembelajaran secara intensif selama 2 tahun yang lalu mulai menjadi pembantu.
Pertemuan dengan 'bos lama' saya iaitu Sdra. Sayed Munawwar, cukup terhad dan sepintas. Hanya sempat bertanya khabar dan menyampaikan rasa kagum saya terhadap wawancara beliau bersama Datuk Seri Najib Tun Razak beberapa minggu sebelumnya yang saya rasakan 'credible', 'substantive' dan menghadam 'pressing issues' yang bakal didepani 'Najib's Administration' kelak.

Saya bangga menjaja 'flagship product' syarikat iaitu Majalah Ana Muslim dan Sayang Muslim. Kami sepasukan di dalam bahagian pemasaran sebulat suara berpendapat tahun ini, strateginya adalah 'shock and awe' tetapi terancang dan berhemah. Saya berpegang teguh dengan apa yang saya rasakan terbukti, iaitu produk kami mempunyai ramuan dan intipati yang mencukupi serta seimbang untuk menarik perhatian kanak - kanak sambil menyelitkan nilai - nilai indah Islam melalui komik dan kaedah penceritaan kontemporari berserta warna - warna terang, ceria.
'Progress' syarikat jika di ukur tahun ke tahun berikutnya semakin berkembang, dan ini ada saya nyatakan sewaktu berkesempatan ditemubual oleh penganjur pesta buku di dalam "Buletin Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2009". Saya cukup berterima kasih dengan sokongan dan dorongan pelbagai pihak yang sama - sama merasakan majalah Ana Muslim dan Sayang Muslim seharusnya dipertingkatkan kerja - kerja untuk mempromosikannya sambil tidak mengambil enteng tentang kualiti dan objektif besar majalah ini sendiri, iaitu " Membentuk Peribadi Mulia". Untuk rekod, tahun ini merupakan penglibatan terbesar kami sempena pesta buku dengan 4 lot gerai, lucunya ada dikalangan pengunjung yang datang menyatakan kenapa gerai kami semakin tahun semakin mengecil!
Sekalung junjungan penghargaan terima kasih dan hormat saya hadiahkan kepada rakan - rakan yang ada datang 'melawat' dan 'menjenguk' setelah sekian lama tidak berjumpa secara realiti kerana kita hanya dapat bertemu secara maya di 'dalam talian' berhubung dan 'bergelak ketawa' di dalam Facebook, friendster dan seumpamanya. Juga kepada tunang terkasih, Syahniza kerana tidak henti - henti memberi dorongan dan mengharapkan yang terbaik buat saya. Berikut seterusnya antara gambar - gambar yang sempat ditangkap sepanjang tugasan bersama rakan - rakan sekerja...

Kesibukan dan ruang litup peribadi yang saya ketepikan sementara untuk memberi fokus di pesta buku dikejutkan dengan panggilan telefon daripada adik bongsu saya. Mohd Fakhri atau Mamad yang memohon pandangan saya perihal kesihatan Abah yang semakin membimbangkan. Abah menghidap penyakit kencing manis atau diabetes sejak awal tahun 2000 dan perkembangan terbaru yang diberitakan oleh doktor - doktor yang merawatnya mengesahkan apa yang kami gusarkan, saya bertolak - tarik dengan perasaan dan akal saya. Benar saya masih ada tugas untuk di selesaikan di sini namun, Abah juga merupakan keutamaan saya lebih - lebih lagi sejak Mama tiada.
Saya tekad berjumpa dengan bos saya dan menerangkan situasi di samping menyatakan komitmen sekiranya saya diperlukan, alhamduliLlah bos faham dan membenarkan saya balik segera. Selepas menyerahkan beberapa tugasan kecil kepada rakan - rakan lain, saya berlepas pulang ke Sabah bersama Atuk pada petang 26 April lalu untuk bersama Abah. Natijahnya, Abah dan kami sekeluarga terpaksa menerima hakikat bahawa berikutan jangkitan kuman dan komplikasi pendarahan di kaki kiri Abah, cara terakhir adalah untuk menyelamatkan nyawa Abah daripada membiarkan kuman terus naik ke organ - organ yang lebih 'vital' adalah dengan melakukan prosedur BKA atau 'Below Knee Amputation'.
Setelah doktor pakar membuat penerangan terperinci dan memperjelaskan prosedur pembedahan yang akan dilakukan, Abah selamat menjalani pembedahan tersebut pada 2 Mei yang lepas. AlhamduliLlah, sejak Abah selamat menjalani pembedahan untuk membuang bahagian kaki yang telah rosak dan dipenuhi sel - sel mati, kesihatan Abah bertambah pulih dan baik. Di mana sebelumnya Mamad menceritakan Abah tampak lemah, tidak bermaya dan sering demam perubahan positif ketara selepas pembedahan amat jelas.
Saya akui, Abah tidak dapat menerima fakta pada mulanya, namun setelah kami adik - beradik dan ahli - ahli keluarga menjelaskan peri pentingnya pembedahan dan implikasi jangka panjangnya terhadap kesihatan Abah, dia mula bertenang dan bersetuju. Ruang ini saya ambil, untuk menyatakan dengan rasa rendah diri, rasa terima kasih kami sekeluarga kepada Dr. Nahulan Thevarajah ( Ketua Jabatan Ortopedik), Dr. Baskaran Subramaniam, Dr. Anantha, Dr. Salehuddin Abdullah, Dr. Hester Pudin, Dr. Constance Liew, Dr. William, Dr. Leong, Dr. Che Ismail, staf - staf nurse, jururawat - jururawat pelatih dan seluruh warga Wad Ortopedik, Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.
Saya berada di Sabah sehingga 13 Mei lalu setelah benar - benar pasti akan perubahan baik keadaan Abah dan kembalinya adik perempuan saya, Nabila Farhana atau Yayang setelah menjalani peperiksaan akhir semester di UiTM Shah Alam untuk bercuti. Antara perkembangan menarik semasa menemani Abah di hospital ialah pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa kerajaan Persekutuan akan membeli hospital swasta Sabah Medical Centre, bagi menggantikan satu blok 8 tingkat Hospital Queen Elizabeth yang disahkan tidak selamat untuk digunakan lagi. Sabah Medical Centre merupakan hospital tempat Abah dirawat, berikutan tindakan kerajaan negeri menyewa premis hospital swasta tersebut bagi menempatkan pesakit - pesakit yang terpaksa dipindahkan dari Wad Ortopaedik, Hospital Queen Elizabeth. Saya tentunya ingin menulis dan membincangkan secara mendalam signifikan pembelian hospital yang dinilaikan berjumlah RM 245,000,000.00 ini, insya-ALlah saya akan usahakan pada penulisan entri selepas ini.

Sepanjang tidak berkesempatan menyunting tambah laman blog saya ini, saya mempunyai masa yang lebih untuk meneliti laporan - laporan akhbar yang ada antaranya saya boikot dan enggan saya 'acknowledge' isi laporannya, akhbar tempatan (New Sabah Times, Daily Express dan The Borneo Post) mahupun nasional (The Star, dan Utusan Malaysia) berkenaan perkembangan politik tanah air, rumusan berita mengenai virus H1N1 yang akhirnya sampai jua ke negara kita.
Tipikalnya, saya tetap juga mengendur untuk memberi komentar tentang bola sepak, tempatan dan antarabangsa. Umum mengetahui Man United telah pun berjaya melangkah ke perlawanan akhir Liga Juara - Juara anjuran UEFA, bertingkah merebut Piala Eropah dengan juara Primera Liga Sepanyol, FC Barcelona pada 27 Mei kelak.
Menarik untuk dikongsi, Man United akan turun beraksi menentang Pasukan Kebangsaan Malaysia di Stadium Nasional, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil pada 18 Julai nanti. Saya amat berharap pemain - pemain kita dapat berkongsi padang dan memberikan aksi terbaik semampu mereka dalam menyaingi Man United selaku Juara Piala Eropah (harapan saya). Buah minda saya berkenaan perlawanan tersebut insya-ALlah akan saya berikan semakin kita menghampiri tarikh yang dinyatakan, kerana di Sabah juga akan berlangsung satu perlawanan yang hampir serupa tetapi agak berprofil rendah apabila pasukan pilihan Sabah menentang North Queensland Fury - sebuah pasukan baru yang akan bersaing di dalam Liga A Hyundai di Australia - yang dibarisi bekas bintang/legenda terkemuka Liverpool FC, Robbie Fowler pada 27 Mei 2009. Perlawanan istimewa ini dijayakan oleh sebuah syarikat pelancongan sukan yang diterajui oleh Scott Ollerenshaw, pemain legenda dan penyerang berbisa Sabah lewat tahun 90-an.
Scott Ollerenshaw bersama Bendahari Sabah FA, Johari Ayub
(gambar ihsan The New Sabah Times)

Seadanya saya mempunyai 2 entri yang perlu saya tulis dalam masa terdekat, insya-ALlah saya akan tulis kerana kedua - duanya akan mengupas isu - isu yang amat dekat di hati saya, iaitu perihal pengurusan kebajikan dan perlaksanaan sistem kesihatan rakyat Sabah dan perihal pasukan bola sepak kegemaran saya, Manchester United FC secara khusus dan perkembangan bola sepak tanah air secara amnya. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa, wassalam.
No comments:
Post a Comment