AsSalam wrh. wbt.
Kawan - kawan dan lawan, peminat sukan bola sepak atau bukan peminat bola sepak, mari kita tengok beramai - ramai perlawanan akhir Liga Juara - Juara musim 2008/2009 anjuran Persatuan Bola Sepak Kesatuan Eropah di Stadium Olimpico, Rom, Itali.
Tanya sama peminat kelab bola sepak Arsenal, Chelsea, dan Liverpool samada mereka mahu turut serta meraikan wakil Liga Perdana Inggeris tajaan Bank Barclay's atau mengalih sokongan ke wakil Liga Primera Sepanyol untuk menunjukkan rasa marah dan benci mereka terhadap kelab bola sepak Manchester Bersatu.
Betapa saya ingin bersama dengan puluhan ribu penyokong Manchester Bersatu di Rom, Itali atau lebih dikenali sebagai Kota Abadi. Perlawanan akhir awal pagi (2.45 pagi waktu tempatan)
ini cukup bersesuaian dengan latar belakang Kota Rom sendiri yang kaya dengan bukti - bukti sejarah kegemilangan Empayar Rom suatu ketika dahulu. Gereja St. Basilica tampak seusai dengan sejarah yang bakal dilakar oleh kedua - dua pasukan ini, bayangan hebat cetusan Koliseum Purba Rom juga seolah - olah menjadi sebatian untuk gelanggang terhebat bagi 'gladiator' terunggul ...
Manchester Bersatu dan Barcelona cukup seimbang dari semua segi dan terkenal dengan corak permainan menyerang dan serangan balas pantas dikukuhkan dengan pertahanan yang kebal. Oleh itu, hampir mustahil untuk betul - betul pasti siapa yang bakal menjulang 'piala bertelinga besar', namun, hati kecil saya tegas mengatakan sekiranya Manchester Bersatu mengikut pelan dan perancangan yang telah diatur oleh Sir Alex Ferguson untuk menangani pemain - pemain licik Barcelona, maka Manchester Bersatu akan menjadi kelab bola sepak pertama mempertahankan piala tersebut sejak format sekarang diperkenalkan 17 tahun lalu.
Ramalan saya adalah untuk kelab bola sepak Manchester Bersatu mempertahankan piala tersebut dengan menewaskan kelab bola sepak Barcelona, 3 gol berbalas 1.
Ayuh Manchester Bersatu !!!
No comments:
Post a Comment