Wednesday, June 10, 2009

Malaysia Bawah-23 tahun lawan Indonesia Bawah-23 tahun

AsSalam wrh. wbt.

Jika ada kelapangan pada hujung minggu ini, walaupun sedarinya terlalu banyak undangan ke majlis perkahwinan sahabat/rakan/saudara/ dan sebagainya, apa kata turun ke Stadium Bola Sepak KLFA (Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur) di Cheras.



Skuad Bawah-23 tahun Malaysia baru sahaja menghabiskan rangka lawatan ke China, dilengkapkan dengan beberapa siri perlawanan persahabatan menentang kelab bola sepak Liga Divisyen A dan Liga Super China. Ini mungkin peluang pertama untuk para peminat skuad negara melihat percaturan strategi dan rangka pelan permainan daripada Ketua Jurulatih yang baru, K.Rajagopal.

Tiket berharga RM10 akan mula dijual di kaunter stadium bermula jam 10.00 pagi pada hari perlawanan.

Berikut adalah barisan yang saya rasa mungkin akan diturunkan jika melihat kepada kesebelasan utama yang dipilih dan yang memberikan persembahan baik semasa di China :

Penjaga Gol : Syed Adney Syed Hussein

Pertahanan : Mohd Asraruddin Putra Omar, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohd Muslim Ahmad dan Mohd Faizal Muhamad.

Tengah : Mohd Amirulhadi Zainal, Mohd Khyril Muhymeen Zambri, Mahalli Jasuli dan Mohd Bunyamin Omar.

Penyerang : Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak dan Farderin Kadir.

Jom !

* Banner promosi perlawanan di'cedok' daripada http://dropoutbear.blogspot.com
* Perlawanan mungkin akan bermula jam 5.30 petang, periksa semula di akhbar2 utama mulai hari Jumaat ini (12 Jun).

No comments:

Post a Comment