Kamus Bahasa Inggeris Macmillan untuk Pelajar Lanjutan edisi antarabangsa mendefinisikan perkataan ‘Catalyst’ sebagai “ someone or something that causes something to happen or change ”. Kamus Dewan Edisi Keempat mentakrifkan ‘Catalyst’ bermaksud “pemangkin”. Peminat bola sepak amnya, dan peminat pasukan Manchester United khususnya hanya tahu satu maksud, hanya satu pengertian, Cantona.
Seusai sejak ‘melambai’ selamat tinggal kepada sukan bola sepak semasa perlawanan terakhir beliau sebagai seorang pemain Manchester United, penghujung musim Liga Perdana Inggeris 1996/1997, nama Eric Cantona terbit menjadi konotasi bagi perkataan ‘catalyst’.
Kawan menyanjung, lawan menghormati, Old Trafford mengumpul jutaan saksi kepada geliganya, jika
Eric Cantona melanggar semua perundangan konvensional dan lapuk tanpa rasa lelah, dia melewati semua batasan tanpa rasa apologetik ataupun permisif, dia menjadi ikon kepada berbondong – bondong peminat. Dia memimpin tangan-tangan longlai dan muda Paul, David,
Sehingga sekarang perlawanan Manchester United sebagai tuan rumah di Old Trafford masih digema sorakan dengan lagu – lagu memuji dan menyanjung Eric, jerihnya selama 5 musim di Manchester United diperakui peminat setelah diundi sebagai Pemain Manchester United Terhebat Abad Ini pada tahun 2002.
Eric Cantona dahulu pemain, sekarang masih pemain kepada watak yang dilakonkan didalam filem – filemnya. ‘Looking For Eric’ menerima tepukan gemuruh berdiri daripada hadirin Festival Filem Cannes tahun ini kerana penonton dapat menyelami apa yang Eric Bishop lakonan Steve Evets, rasai. Di tangan Ken Loach, sutradara yang mempersembahkan kepada dunia filem perih simpati penuntut kebebasan Negara Ire di awal kurun ke 20 melalui filem ‘The Wind That Shakes The Barley’ juga bersama penulis yang sama, Paul Laverty. Terpilih sebagai salah satu calon untuk anugerah Golden Palm Cannes, filem ini wajib tonton kepada lapisan generasi yang terkesan oleh Eric dan generasi penerus yang mahu tahu siapa dia Eric Daniel Pierre Cantona.
No comments:
Post a Comment